By Mohd Zaini Samsu Hadi .

July 26, 2021

222 perwakilan ambil bahagian Program Parlimen Wanita Muda

Tag: News Coverage

KUALA LUMPUR – Seramai 222 perwakilan wanita muda akan mengambil bahagian dalam Program Parlimen Wanita Muda yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Ogos depan.

Pengarah Program Parlimen Wanita Muda, Dr Shatesh Kumar Sangar berkata, program tersebut akan disertai perwakilan berusia 15 hingga 30 tahun yang terdiri dari pelbagai latar belakang. Mereka akan membincangkan polisi dan dasar berkaitan hal ehwal wanita, kesaksamaan gender, masalah sosial dan sebagainya. “Antara lain objektif pelaksanaan program ini adalah untuk mengetengahkan dan mencungkil bakat serta memberi pendedahan awal kepada beliawanis dan wanita muda dalam bidang politik serta dasar negara. “Selain itu, menyediakan platform bagi mengembangkan potensi wanita melalui program-program pendidikan dan kesedaran yang lebih gender inklusif untuk digilap menjadi pemimpin masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Shatesh berkata, selain daripada persidangan atas talian, pihak sekretariat program juga turut menyediakan beberapa program sampingan bagi melatih peserta program. Antara program yang yang disediakan adalah bengkel persediaan Parlimen yang akan dikendalikan oleh Reform Malaysia, beberapa siri webinar khusus mengenai isu wanita, serta program mentoring bersama 12 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Taambahnya, program itu telah mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan seperti Yayasan Wanita, Parlimen Belia Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia OKU, Girls 4 Girls Malaysia, Yayasan Myprodigy, CWYOUTH, Dewan Muda Johor dan lain-lain. Terdapat juga sokongan padu dari sayap-sayap wanita parti politik iaitu Puteri UMNO, Wanita MIC, Wanita MCA, Wanita DAP, Srikandi Keadilan, Pejuanita dan Warda Amanah, ujarnya. Katanya lagi, kesemua pertubuhan NGO dan sayap wanita menyatakan komitmen dan sokongan penuh dalam usaha mengangkat suara wanita muda serta meningkatkan partisipasi wanita dalam arena politik negara. “Saya berpandangan bahawa tiba masanya untuk wanita bersuara dan berhenti dari terus dipergunakan untuk meraih undi bagi parti politik. “Wanita harus diberikan peranan lebih penting dalam politik bukan hanya menjadi peraih undi atau tugas sebagai jalinan rakyat semasa pilihanraya,” ujarnya. Tambah beliau, semua sayap wanita wajib mendesak parti politik masing-masing supaya memberikan sekurang-kurangya 40 peratus daripada jumlah kerusi kepada golongan wanita dan njika jika perkara ia tidak dipenuhi maka sayap wanita tidak perlu bantu parti dalam kempen pilihanraya akan datang. S Sayap wanita adalah tulang belakang sesebuah parti dan semua pihak harus ingat jika tulang belakang itu patah atau musnah maka tiada harapan untuk kembali pulih, tegasnya.

Mohd Zaini Samsu Hadi

Share:

Mohd Zaini Samsu Hadi

Share:

Other News

March 14, 2021

We cooperate with “G4G” to increase women’s skills in courageous leadership

March 24, 2021

Young leaders graduate

By Amira Tarf .

July 18, 2021

Our goal is to empower women and make them successful leaders